Jangan Biarkan Semangat Kenegerian Memecah-Belahkan Rakyat - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata adalah tidak wajar membangkitkan isu Sabah untuk orang Sabah pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata cakap-cakap seperti itu sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

"Kita sekarang bercakap mengenai 1Malaysia dan kita tidak akan biarkan semangat kenegerian seperti Sabah untuk orang Sabah, memecah-belahkan kita," katanya merujuk kepada isu "Sabah untuk orang Sabah" yang ditimbulkan pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika ini.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Shahrizat yang baru pulang daripada berkempen di Batu Sapi, berkata pada keseluruhannya beliau mendapati semangat penduduk Batu Sapi begitu kuat dengan 1Malaysia.

"Di mana-mana saya pergi semangat 1Malaysia itu kuat. Saya mendapat maklum balas penduduk di Batu Sapi tidak akan 'dibeli' dengan idea seperti itu sebab idea itu sudah lapuk," katanya.

Shahrizat berkata sebenarnya Kerajaan Persekutuan memberi penghargaan pada rakyat Sabah dengan tampuk demokrasi Parlimen dipegang pemimpin Sabah iaitu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Begitu juga dengan Timbalan Speaker Dewan Negara Senator Datuk Armani Mahiruddin. Mereka dipilih bukan kerana mereka dari Sabah tetapi mereka dipilih kerana mereka mempunyai kepakaran dan kebolehan.

"Jadi, kita mesti ada penyatuan seperti itu... tak bolehlah nak cakap Sabah untuk orang Sabah. Kalau macam itu orang Wilayah kata untuk orang Wilayah, Kedah untuk Kedah... itu tidak boleh. Itu bukan satu semangat yang bagus untuk perpaduan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan