Enam Kampung Di Batu Sapi Nikmati Kemudahan 'Kampung Tanpa Wayar'

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui agensinya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memasang enam kemudahan "Kampung Tanpa Wayar" (Kampung Wifi) di kawasan Batu Sapi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kemudahan berkenaan merupakan sebahagian daripada 500 kemudahan seumpamanya yang akan dipasang di seluruh Sabah.

Kampung yang memperoleh kemudahan itu di Batu Sapi ialah Kampung Air, Kampung Karamunting Lama, Kampung Karamunting Baru, sebahagian Kampung Bokara, Kampung Lupak Meluas dan Flet MPS.

Melalui kemudahan itu, penduduk kampung dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk penggunaan internet.

"Inilah sumbangan ikhlas daripada kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kemudahan "Kampung Tanpa Wayar" di Flet MPS di sini pada Isnin.

Rais juga berkesempatan menguji kemudahan "Kampung Tanpa Wayar" berkenaan dengan mengadakan persidangan video beberapa minit dengan penduduk Kampung Bokara dari tapak pelancaran.

Menurut Rais mana-mana kawasan yang mempunyai kemudahan talian telefon awam boleh dibekalkan dengan kemudahan berkenaan dan penduduk kawasan terlibat akan dapat mengakses perkhidmatan telekomunikasi seperti rakan-rakan mereka di bandar.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan membina 212 buah lagi pemancar komunikasi di seluruh Sabah untuk membolehkan siaran televisyen dan radio dapat diterima lebih ramai penduduk di negeri itu, khususnya kawasan pedalaman.

Katanya pembinaan pemancar bernilai RM380 juta berkenaan akan dimulakan pada tahun hadapan dan sekiranya perancangan berjalan lancar, ia boleh disiapkan dalam tempoh setahun.

Pada majlis yang sama, Rais turut memberi tauliah kepada lapan wakil Pos Komuniti yang akan diletakkan di kawasan-kawasan strategik di Batu Sapi serta menyerahkan 15 unit komputer riba kepada 15 penerima termasuk pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan