Warga Tua Minta Pemadam Api Daripada Wakil Rakyat Batu Sapi

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang warga tua hari ini melahirkan hasrat untuk meminta alat pemadam api bagi setiap rumah di kampungnya daripada wakil rakyat baru kawasan Parlimen Batu Sapi.

Kassim Syed Omar Ali, 75, dari Kampung Bokara di sini berkata, rumahnya pernah musnah dalam satu kebakaran besar pada Oktober 1997.

Beliau berkata kedudukan rumah di kampung berkenaan, yang kebanyakan diperbuat daripada kayu, adalah terlalu hampir antara satu sama lain, dan keadaan ini akan memudahkannya dijilat api, sekiranya berlaku kebakaran.

"Saya merayu wakil rakyat baru memberi peruntukan kepada kampung kami supaya dapat dibekalkan alat pemadam api, dan latihan tentang bagaimana menggunakannya.

"Kalau kami tahu memadam api dengan cara yang betul dan cepat, kami tidak perlu menunggu bomba datang, dan kami juga dapat mengelak api daripada merebak ke rumah lain," katanya ketika ditemui semasa calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Thau Lin melawat kampung itu, Ahad. Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam insiden pada 1997 itu, lebih 200 rumah musnah selepas satu kebakaran berlaku, yang berpunca daripada dapur gas tidak diawasi di sebuah rumah.

Balai bomba terdekat pula terletak kira-kira 13 kilometer dari Kampung Bokara yang mempunyai lebih 1,000 rumah kayu.

Ditanya mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi yang akan berlangsung 4 Nov ini, Kassim berkata beliau berharap BN akan memenanginya sekali lagi.

Katanya, hanya BN mengetahui masalah rakyat dan mampu membela nasib mereka.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan