UMNO Baling Wakili Mangsa, Keluarga Mangsa Saman Syarikat Bas

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Baling akan menyaman syarikat bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 38 Genting Sempah di sini, serta mengorbankan tujuh penumpang Jumaat lepas.

Ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mangsa dan keluarga masing-masing telah meminta Umno bahagian itu mewakili mereka untuk mengambil tindakan perundangan terhadap syarikat bas berkenaan, dalam satu pertemuan di Kampung Baru Siong, Baling semalam.

"Kita rasa kita nak ambil tindakan yang begitu tegas, kita akan lantik peguam, kita akan menyaman syarikat tersebut," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat mangsa nahas itu di Hospital Kuala Lumpur Ahad.

Dalam kejadian 7.50 malam itu, bas yang membawa 44 anggota belia dari Kampung Baru Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan