Setiausaha Negara AS Mulakan Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia Esok

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Rodham Clinton yang akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari mulai esok, mencerminkan hubungan dua hala antara Malaysia dan kuasa besar dunia itu adalah kukuh.

Lawatan itu akan menyediakan peluang untuk Malaysia dan Amerika Syarikat membincangkan pelbagai perkara dua hala bagi rantau dan isu antarabangsa untuk kepentingan bersama.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini Ahad, semasa lawatan itu, Clinton akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Selasa ini dan beliau juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang hari itu.

Acara kemuncak semasa lawatan itu adalah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat mengenai Kerjasama dalam Sains dan Teknologi, yang akan berlangsung di pejabat Perdana Menteri semasa kunjungan hormat Clinton ke atas Najib.

Najib, Clinton dan Anifah akan juga menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan MoU antara syarikat Malaysia dan rakan mereka dari Amerika Syarikat.

Clinton yang akan diiringi oleh delegasi yang mengandungi para pegawai kanan utama dari Jabatan Negara Amerika Syarikat, juga dijadual menyertai program tidak rasmi termasuk pengucapan awam di Institut Pemikiran dan Tamadun (ISTAC) di sini.

Menurut kenyataan itu, lawatan dua hala Clinton ini ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat selepas Warren Christopher pada 1995 dan yang terakhir yang dilakukan Condoleeza Rice dalam hubungan pelbagai hala untuk menghadiri Forum Rantau Asean (ARF) pada 2006.

Lawatan rasmi itu selaras dengan komitmen yang dizahirkan oleh Najib dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk meningkatkan hubungan ke tahap yang lebih tinggi pada April lepas.

Malaysia dan Amerika Syarikat menikmati hubungan dua hala yang terjalin sekian lama meliputi kerjasama dalam banyak bidang. Kedua-dua negara menikmati hubungan dagangan dan pelaburan yang kukuh, dengan jumlah dagangan tahun lepas bernilai RM109.23 bilion (USD$31.03 bilion).

Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia pada tahun lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan