Polis Belum Terima Laporan Pelanggaran Bas Dengan Mercedes Benz

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis masih belum menerima laporan daripada pemilik kenderaan dipercayai jenis Mercedes Benz yang dikatakan terlibat dalam pelanggaran dengan bas dalam kemalangan jalan raya, yang mengakibatkan tujuh orang terkorban di Km 38 Genting Sempah Jumaat lepas.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata berdasarkan keterangan pemandu bas, mangsa dan saksi kemalangan, mereka mendakwa berlaku pelanggaran antara bas dan sebuah kereta Mercedes Benz.

Pemandu kenderaan terbabit diminta tampil membuat laporan polis kerana ia merupakan satu kesalahan jika laporan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam sekiranya berlaku pelanggaran, katanya.

"Sehingga kini tiada laporan polis dibuat yang mana ia akan menyukarkan proses siasatan kes ini. Saya amat berharap pemandu Mercedes terbabit tampil menyalurkan maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 7.50 malam itu, sebuah bas rombongan dari Kedah, yang dinaiki 44 penumpang yang terdiri daripada belia Kampung Baru Siong, Baling, dilaporkan hilang kawalan semasa menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini.

Bas tersebut terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang mengakibatkan tujuh orang maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas tersebut.

Seorang mangsa yang cedera Muhd Faiz Nordin, 15, berkata kemalangan itu berlaku "dua atau tiga minit" selepas kawannya yang duduk di bahagian hadapan bas tersebut datang ke tempat duduknya untuk memaklumkan brek bas mengalami kerosakan. Katanya suasana di dalam bas adalah sangat cemas apabila mereka diberitahu mengenai perkara tersebut.

"Mereka yang di dalam bas ketika diberitahu brek rosak menjerit macam-macam antaranya bertakbir Allahuakbar!, Allahuakbar!," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Ahad.

Muhd Faiz yang putus kaki kirinya berkata beliau merasa kebas pada kakinya sebelum mendapati kakinya telah tiada.

Mohd Adib Romli, 20, pula berkata beliau tidak sedarkan diri apabila kemalangan berlaku namun sebelum kemalangan, beliau dapat mengingati bas yang dinaikinya telah melanggar sebuah kenderaan.

Sebaik sahaja sedarkan diri dan mahu bangun berjalan, beliau mendapati bahawa kedua-dua kakinya telah tiada.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata siasatan kes kemalangan itu kini sedang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Siasatan kemalangan sedang dijalankan, jadi apa-apa penemuan akan dikaji atau disiasat. Keputusan atau tindakan seterusnya adalah berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan oleh Miros ini," katanya selepas melawat mangsa kemalangan itu di HKL di sini hari ini.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan