Nahas Bas Di Genting Sempah: JPJ Masih Kesan Pemilik Bas Persiaran

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengesan pemilik syarikat bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah, berhampiran susur ke Genting Highlands, Jumaat lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata sehingga hari ini, JPJ masih gagal mengesan pemilik terbabit, walaupun lokasi syarikat bas berkenaan berjaya ditemui.

Beliau berkata maklumat dan kenyataan pemilik syarikat bas berkenaan amat penting untuk melengkapkan siasatan kes itu, justeru, JPJ bekerja keras bagi menjejaki individu atau pihak terbabit.

"Kita mahu dapatkan maklumat lanjut daripada pemilik syarikat bagaimana dia boleh menggaji seorang pemandu, yang mengikut rekod kita, tidak memiliki lesen memandu yang sah, untuk membawa penumpang dari Baling hingga ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Lepar Utara hari ini.

Solah berkata pemilik yang membenarkan kenderaannya seperti bas, dipandu individu tidak berlesen dan tanpa lesen memandu vokasional, boleh didakwa mengikut Seksyen 56 Akta JPJ 1987, yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Beliau berkata selain itu, siasatan JPJ kini lebih menjurus kepada pelesenan kenderaan tersebut serta pemandunya kerana berdasarkan rekod, bas berkenaan didaftarkan sebagai "sewa khas" dan permit juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.

"Tetapi kita dapati bas itu agak mengelirukan dari segi cat dan tulisan di badan bas, kerana warnanya seakan-akan warna bas pelancongan dan dengan tulisan "Trans Holiday" di tengah-tengah badan bas, manakala ditulis "bas catar" di hujung badan bas, itu kita buat siasatan lanjut," katanya.

Solah berkata JPJ akan meminta kerjasama Kementerian Pelancongan berhubung permit yang dikeluarkan kepada kenderaan itu, sama ada sebagai bas pelancongan atau bas sewa khas.

"Kalau ia bas sewa khas, jadi ia memang bas sewa khas, tapi kalau ia bas pelancongan, adakah rombongan pelajar itu datang melancong, dan kalau memang datang melancong, mesti ada pemandu pelancongnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan