N45 Galas: PAS Beli Pengundi, Kata Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: PAS secara terang-terangan cuba membeli undi dengan menawarkan habuan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas agar pulang mengundi pada 4 November ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bekata, PAS merupakan parti yang tidak konsisten dalam perjuangannya kerana kini parti itu secara terang-terangan mengamalkan rasuah.

"Ini adalah terang-terangngan satu rasuah untuk mendapat undi, kalau dulunya mereka menghentam kita bermacam-macam (tuduhan), tapi sekarang mereka yang mengamalkannya.

"Mereka sudah banyak berubah, mereka adalah sebuah parti yang tidak konsisten, jadi rakyat Kelantan amat mengenali PAS," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Baru Hulu di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tawaran habuan PAS yang disifatkan sebagai saguhati elaun perjalanan kepada pengundi yang berada di luar kawasan supaya pulang mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata habuan itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) mahu mengambil tindakan berhubung perkara berkenaan, Mustapa berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak bekuasa termasuk Suruhanjaya Pecegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk bertindak.

Mengulas mengenai dakwaan PAS bahawa pemberian wang berkenaan merupakan amalan biasa bagi mana-mana parti politik termasuk BN, Mustapa berkata: "Saya tak tahu, tak ada tawaran apa-apa."

Sementara itu diminta mengulas mengenai perkembangan kempen pada hari keenam, Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas itu berkata, sambutan yang ditunjukkan rakyat amat menggalakkan namun masih belum meyakinkan.

"Kita nampak tanda-tanda penerimaan rakyat semakin hari semakin baik, ada lagi tiga hari dan BN akan bekerja bersungguh-sungguh.

"Walaupun kita rasa sambutan itu bertambah baik sedikit tetapi belum meyakinkan. Maka jentera kita kena kerja lebih kuat, tak boleh ambil ringan," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN, Mustapa berkata: "Mereka semua kerja kuat, tapi belum cukup, ini fasa terakhir, kena kerjan habis-habisan.

"Usaha kena diteruskan, mereka (PAS) pasti ada strategi disaat-saat akhir, maka kita harus berhati-hati dan harus ada perancangan sendiri bagi memastikan kita dapat patahkan strategi yang mereka gunakan."

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan