N45 Galas: PAS Akui Sokongan Kepada BN Masih Kuat

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: PAS mengakui trend sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) masih mengatasi parti itu selepas enam hari tempoh berkempen.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS bagi DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sehingga kini PAS baru mendapat 49 peratus sokongan dikalangan pengundi.

Malah beliau mengaku bahawa, trend sokongan itu akan berkurangan sama seperti pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

"Tapi kita tunggu dalam masa satu atau dua hari lagi, lonjakan mungkin akan berlaku kerana biasanya pengalaman kita begitu. Namun saya yakin masih boleh menang," katanya di sini, Ahad.

Menurut beliau lagi, PAS yakin bahawa undi di kalangan pengundi Melayu merupakan faktor penentu kemenangan kedua-dua pihak.

Tambah beliau, peti undi Sungai Terah yang mempunyai jumlah pemilih seramai 1,912 yang majoritinya ialah orang Melayu adalah sasaran utama PAS dan BN bagi menentukan kemenangan.

"Yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak ialah di peti undi Sungai Terah kerana di situ PAS mendapat undi popular sebanyak 69 peratus pada pilihan raya umum 2008.

"Malah BN sendiri mengaanggap sekiranya peti undi itu boleh dicairkan, maka mereka akan mencapai kemenangan, maka pertarungan sengit akan berlaku di peti undi Sungai Terah," katanya.

Ditanya sama ada PAS tidak memberi tumpuan kepada pengundi Cina yang sebelum ini dikatakan sebagai penentu kepada parti itu untuk menang pada pilihan raya DUN Galas, beliau berkata: "Lebih 60 peratus daripada 11,553 pengundi adalah Melayu dan peti undi Sungai Terah serta Kampung Bharu yang mempunyai pengundi paling ramai, majoritinya juga adalah pengundi Melayu.

"Jadi gabungan kedua-dua pengundi Melayu di dua peti undi ini merupakan medan yang akan tentukan kemenangan."

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan