N45 Galas: Kemukakan Bukti Ada Pengundi Hantu, Kata SPR

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: PAS dicabar supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan mereka bahawa terdapat pengundi hantu yang dibawa masuk dari luar oleh pihak-pihak tertentu sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November ini.

Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, sebarang bentuk tuduhan dan dakwaan perlu disertakan dengan bukti kukuh bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

"PAS sering buat tuduhan-tuduhan begini (pengundi hantu), tapi mereka tak kemukakan bukti," katanya ketika ditemui selepas majlis previeu kepada media mengenai proses undi pos di sini, Sabtu.

PAS sebelum ini mendakwa Barisan Nasional (BN) mula membawa masuk sekumpulan individu dari luar kawasan yang dipercayai akan digunakan bagi tujuan undi hantu.

DUN Galas mempunyai seramai 127 pengundi pos membabitkan anggota polis yang bertugas semasa pilihan raya.

Malah seramai 50 orang kakitangan SPR yang bertugas sepanjang pilihan raya ini turut mendaftar sebagai pengundi pos.

"Senarai mereka telah disemak dan kita pamerkan di tempat awam dan senarai itu sah kerana tiada mana-mana pihak termasuk parti politik mengemukakan bantahan," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian peyandangnya, Che Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 September lalu.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan