N45 Galas: BN Miliki Peluang Lebih Baik

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Walaupun kekuatan Barisan Nasional (BN) dan Pas dilihat seimbang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, namun BN memiliki peluang lebih baik untuk memenanginya pada 4 Nov ini.

Kempen pilihan raya kecil yang masuk hari keenam hari ini menyaksikan keseimbangan itu berubah dengan corak kempen Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih menumpukan kepada menemui pengundi daripada mengadakan program ceramah besar-besaran.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menyerahkan sepenuhnya corak kempen kepada kebijaksanaan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya BN kawasan Galas itu kerana beliau lebih memahami sikap dan keperluan pengundi, logistik dan taburan penduduk sebelum merangka strategi itu.

Dengan menggunakan strategi baru berkempen dengan mendekati 11,553 pengundi di DUN Galas, ia diterima baik oleh penduduk Galas.

Berbeza sebelum ini, BN tidak lagi menumpukan kepada program besar-besaran serta penganjuran pelbagai aktiviti dengan menjadikan pemimpin besar sebagai 'umpan' bagi memancing kehadiran penduduk.

Kempen kali ini dirangka bagi memberi impak terhadap pengundi iaitu berkempen secara bersemuka, yakni terus kepada kumpulan sasaran iaitu pengundi dan rakyat bagi memastikan kemenangan kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff yang akan berdepan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad pada pilihan raya kecil DUN itu pada 4 Nov ini.

Malahan di kawasan 1,889 pengundi Orang Asli, BN meletakkan jenteranya di rumah-rumah mereka untuk menetap di sana bagi memberikan penjelasan serta membantu Orang Asli termasuk di Pos Hendrop, Pos Blau, Kuala Betis dan Pos Brooke.

Pemerhati politik berpendapat BN mempunyai peluang lebih baik untuk menang berikutan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari penamaan calon Selasa lepas yang menyifatkan kempen Pas di Galas bermula pada tahap keyakinan yang rendah.

Mereka berpendapat keyakinan Abdul Hadi mungkin berasaskan fakta kekuatan BN di Galas pada pilihan raya umum (PRU) 1999 dan 2004 dan 2008.

Pada pilihan raya umum (PRU) 1999, calon BN, Mohamad Saufi Deraman menang dengan majoriti 2,264 undi dan pada PRU 2004 Mohamad Saufi mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729 undi tetapi pada PRU 2008, Chek Hashim menewaskan Mohamad Saufi dengan majoriti 646 undi.

Dari aspek isu semasa dalam berkempen sejak lima hari lalu, Pas dilihat semakin terdesak dengan membuat serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh.

Ini bertentangan dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyatakan Pas tidak menentang Tengku Razaleigh tetapi parti yang diwakilinya.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai Pas sudah kekeringan isu sehingga terpaksa menyerang peribadi Tengku Razaleigh.

Mereka berpendapat kekuatan BN di Galas turut dipengaruhi ketokohan dan jasa Tengku Razaleigh, yang merupakan anak raja pencetus kepada pembukaan serta pembangunan Gua Musang sehingga ia menjadi pintu masuk ke Kelantan daripada Kuala Lumpur dan negeri-negeri daripada Pantai Barat, melalui Cameron Highlands.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan "Ku Li", merupakan tokoh yang dihormati dan beliau merupakan anggota Parlimen paling lama berkhidmat sebagai wakil rakyat iaitu selama 41 tahun mulai 1974. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan