N45 Galas: Adik Beng Hock Antara Yang Ditahan Edar Risalah

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Empat aktivis 'Malaysians for Beng Hock' termasuk adik mendiang Teoh Beng Hock iaitu Teoh Lee Lan pada Ahad ditahan polis kerana mengedarkan risalah 'menuntut keadilan' semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Lee Lan bersama tiga yang lain iaitu Soh Cher Hai yang juga abag ipar kepada Beng Hock, Toh Chin Hong dan Ng Yap Hwa ditahan di bawah Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di Kampung Baharu di sini kira-kira pukul 2 petang.

Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang.

Semalam aktivis berkenaan juga terlibat dalam satu insiden kekecohan yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Terdahulu dalam sidang media, Chin Hong berkata kehadiran kumpulan aktivis berkenaan ke Galas adalah bagi mencari keadilan untuk Beng Hock dan bukannya bagi membantu kempen mana-mana parti politik.

Tegasnya kumpulan berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana parti politik selain DAP.

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga penasihat pilihan raya kecil DUN Galas bagi DAP berkata pihaknya menuntut supaya keempat-empat aktivis berkenaan dibebaskan dengan segera.

"DAP akan melantik peguam bagi membantu membebaskan keempat-empat mereka, tindakan polis ini merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa," katanya.

Jurucakap polis mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan keempat-empat aktivis berkenaan akan dibebaskan selepas pihak polis selesai merekodkan keterangan mereka.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan