N45 Galas: 4 Mahasiswa Direkod Kenyataan

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata penahanan empat mahasiswa yang terdiri daripada anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) semalam disyaki atas kesalahan mengedar risalah yang menyokong parti politik tertentu.

Bagaimanapun penahanan sementara itu adalah bagi merekodkan kenyataan keempat-empat mahasiswa terbabit.

Empat mahasiswa berkenaan termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak yang dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang dibebaskan kira-kira pkul 9.30 malam Sabtu.

"Mahasiswa yang berumur antara 18 hingga 25 tahun itu dibawa ke IPD Gua Musang hanya untuk direkodkan kenyataan mereka.

"Kami masih menyiasat sama ada kelompok mahasiswa berkenaan adalah penduduk tempatan ataupun tidak, siasatan lanjut akan dilakukan berhubung perbuatan mereka itu," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

GAMIS menggerakkan seramai 200 anggotanya di Galas bermulaSabtu sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menerangkan kepada rakyat mengenai beberapa dasar dan tindakan kerajaan tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.

Bagaimanapun ketika ditahan di kawasan kedai Bandar Lama Gua Musang, kelompok mahasiswa berkenaan sedang mengedarkan risalah yang mengandungi gambar kedua-dua calon yang bertanding daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Antara kenyataan yang terkandung dalam risalah berkenaan berbunyi: "Maso depe kito semuo, anok-anok kito, akidoh nge akhlak anak cucu kito...semuonyo di tange kito..." (Masa depan kita semua, anak-anak kita, akidah dan akhlak anak cucu kita...semuanya di tangan kita).

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata hingga kini polis menerima empat laporan berhubung insiden kecil membabitkan parti politik yang bertanding.

Katanya diantara laporan yang diterima itu ialah berkaitan kejadian membakar bendera parti politik.

"Pihak polis komited untuk memastikan pilihan raya kecil ini berlangsung dalam keadaan yang aman, polis tak mahu orang ramai buat sebarang spekulasi terutamanya menjelang hari pengundian 4 November ini.

"Situasi ketika ini beradaa dalam keadaan terkawal dan pihak polis bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan