MSD Edar Topeng Muka Kepada Pelajar Malaysia Di Yogyakarta

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YOGYAKARTA: Para pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa institusi pengajian di Yogyakarta pada Ahad dibekalkan dengan topeng muka dan ubat titisan mata sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesan abu volkanik Gunung Merapi menjejaskan kesihatan mereka.

Barangan sumbangan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia itu diterbangkan dari Jakarta pagi ini semasa kebanyakan farmasi di kota ini sudah kehabisan bekalan ubat sejak semalam.

Bekalan ubat di kebanyakan farmasi di sini sudah habis apabila orang ramai menyerbu untuk membeli ubat-ubatan ekoran hujan abu volkanik yang berpunca daripada letusan Gunung Merapi, mulai turun melitupi sebahagian besar kawasan kota.

Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Riaz Abdul Razak yang membawa barangan itu menyerahkannya kepada wakil pelajar Malaysia di Fakulti Kedoktoran Kampus Universiti Gadjah Mada (UGM) di Balaksumur di sini.

Selain pelajar Malaysia di sini, 4,000 topeng muka dan 1,000 botol ubat titisan mata bernilai Rp12 juta sumbangan MSD itu turut diagihkan kepada para pelajar Indonesia dan negara lain di UGM.

Sementara itu kualiti udara di kota ini semakin baik, apabila hujan pada sebelah petang semalam dan malam tadi membersihkan sebahagian besar abu volkanik di jalanraya.

Sehingga Ahad tengah hari, belum ada sebarang kejadian letusan baru Merapi, namun penduduk di sekitar gunung berapi teraktif di dunia yang berrusia 400,000 tahun itu tetap ditempatkan di beberapa pusat pemindahan.

Pakar gunung berapi Indonesia percaya gunung itu masih belum mengeluarkan seluruh tenaganya dan berkemungkinan akan terus meletus.

Sejak letusan pertama pada Selasa, Merapi beberapa kali meletus dan setiap kali kejadian berlaku ia menyemburkan awan panas abu volkanik yang kemudian gugur sebagai hujan abu volkanik di beberapa kawasan berlainan, mengikut arah tiupan angin.

Kejadian pada hari Selasa itu mengakibatkan Jurukunci Merapi Mbah Maridjan bersama empat yang lain dalam rumahnya serta 11 yang lain di halaman rumahnya di Kinahrejo, Cangkringan terbunuh ditimpa hujan abu yang berkepanasan 600 darjah selsius.

Letusan Merapi kali ini meragut 32 nyawa sehingga kini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan