Lima Termasuk Tiga Beradik Maut Kereta Bertembung Van

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini, Ahad.

Dua lagi parah manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun. Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76.

Kesemua mereka berasal dari Besut. Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan.

Bayi malang itu pula disahkan meninggal dunia pukul 6.15 petang tadi semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Sheikh Othman Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian, berkata siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaki empat beranak yang dalam perjalanan dari Penarik ke Permaisuri itu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan van dari arah bertentangan.

Sementara itu identiti pemandu van dan penumpang yang mengalami kecederaan masih belum dikenalpasti dan kesemua mereka kini dirawat di Hospital Besar Setiu.

Seorang saksi, Azira Zakaria, 36, ketika ditemui berkata bunyi kuat kenderaan berlanggar mengejutkannya yang ketika itu sedang memasak di dapur.

Katanya, ia sedang memotong sayur apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah jalan, hanya beberapa meter dari rumahnya.

"Saya nampak seorang daripada penumpang tu terjatuh dekat pokok kelapa berhampiran rumah saya. Bila saya dekat dia sudah tak bergerak, mungkin sudah meninggal dunia," katanya yang masih terkejut dengan kejadian.

Menurut Azira, bapanya Zakaria Ismail, 61, segera mengangkat bayi perempuan yang mengalami kecederaan dan menghantarnya ke Hospital Setiu.

Katanya, ini pertama kali kemalangan maut berlaku di kawasan berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan