Jangan Guna ISA Terhadap Penyeludupan Manusia - Suhakam

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak sepatutnya digunakan terhadap suspek pemerdagangan manusia kerana ia tidak berkesan dalam menangani punca masalah itu, kata seorang anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pesuruhajaya Mohammed Shaani Abdullah berkata penggunaan ISA hanya memberikan gambaran yang salah tentang insiden pemerdagangan manusia yang sebenar di negara ini. Penyeludup berkenaan masih boleh terus melakukan aktiviti mereka sebaik sahaja tempoh tahanan tamat kerana mereka tidak pernah disabitkan mahkamah undang-undang memandangkan ISA membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, katanya.

Mohammed Shaani berkata demikian sebagai mengulas penahanan pegawai Imigresen mengikut ISA selepas disyaki terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia, baru-baru ini.

Sebaliknya, kata beliau jika penyeludup terbabit didakwa di mahkamah, identiti serta modus operandi mereka akan dapat diketahui, dan ini membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti punca masalah dan mencari kaedah bagi menangani serta mencegah masalah berkenaan.

Mohammed berkata banyak kekeliruan timbul di kalangan agensi penguatkuasa berhubung antara penyeludupan manusia ke dalam negara dan pemerdagangan manusia.

Beliau menjelaskan bahawa penyeludupan adalah satu kesalahan jenayah terhadap negara terbabit dan dilakukan dengan kerelaan pendatang serta melibatkan lintasan memasuki sempadan secara haram dengan bantuan pegawai penguatkuasa yang korup atau sindiket, dan beroperasi semata-mata kerana wang.

Faktor lain membabitkan hubungan antara penyeludup dan orang yang menyeludup masuk dengan proses penyeludupan berakhir selepas melintasi sempadan dan bayaran yang dipersetujui dilunaskan.

Bagi pemerdagangan manusia, ia merupakan satu jenayah terhadap individu kerana tujuannya adalah untuk mengeksploitasi mangsa bagi mendapatkan keuntungan dan hubungan dengan penyeludup berterusan meskipun selepas menyeberangi sempadan bagi tujuan eksploitasi maksimum demi kepentingan ekonomi dan keuntungan lain.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan