BN Sarawak Bentang Usul Banteras Budaya Politik Kotor Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan membentang usul membanteras amalan politik 'kotor' yang cuba dibawa pembangkang ke negeri ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 yang akan bermula Isnin.

Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata usul berkenaan akan dibentangkan Ketua Kelab Penyokong BN Negeri Abdul Karim Rahman Hamzah (BN Asajaya) dan disokong oleh Andy Chia (BN-Pujut).

"Budaya kotor politik pembangkang kini telah menular di sini (Sarawak) harus dihentikan segera dan menerusi pembentangan usul ini, diharapkan rakyat akan dijauhkan daripada amalan fanatik kepartian itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Pra Persidangan DUN dan mesyuarat Majlis Tertinggi BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako petang Ahad. Katanya, pembentangan usul itu juga untuk memulihara dan melindungi keharmonian politik dan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Pengerusi BN Negeri mempengerusikan mesyuarat empat jam itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan