Tindakan Tegas Kepada Pemandu, Pemilik Syarikat Bas Terbabit Kemalangan Maut, Janji Kong Cho Ha

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Kementerian Pengangkutan akan memastikan tindakan paling tegas dikenakan ke atas pemandu dan pemilik syarikat bas yang terbabit dalam kemalangan di Genting Sempah, Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur semalam yang menyebabkan tujuh maut.

Menterinya Datuk seri Kong Cho Ha berkata langkah itu perlu sebagai pengajaran kepada pemandu dan syarikat pengangkutan awam yang lain agar tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang sehingga mengorbankan penumpang.

"Dalam kejadian terbaru semalam, tujuh orang lagi maut dalam satu kemalangan di Km 38 Genting Sempah, Genting Highlands. Saya berasa cukup marah dengan kejadian itu selepas dimaklumkan bahawa pemandu bas tersebut tidak memiliki lesen memandu sejak tahun 1997.

"Bagaimana pemandu tersebut dibenarkan bekerja dengan syarikat sedangkan beliau tidak memiliki lesen," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali di Sekolah Wawasan Pundut, di sini Sabtu.

Beliau berkata mengikut peruntukan sedia ada, selain hukuman denda atau penjara, pihak berkuasa juga boleh mengambil tindakan seperti menggantung permit syarikat terbabit.

Kong berkata tindakan paling tegas itu juga perlu bagi memastikan kejadian seumpama tidak lagi berlaku sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan awam.

"Kementerian juga akan mencadangkan kepada Kabinet supaya memperkenalkan sistem pengawasan lalu lintas kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan berisiko tinggi kemalangan di sepanjang lebuh raya termasuk jalan raya.

"Setiap kesalahan lalu lintas yang dikesan akan terus dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa," katanya.

Dalam kejadian 7.50 petang semalam, sebuah bas yang membawa 44 anggota Belia 4B dari Kampung Baru Siong, Baling, Kedah terbabas ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands, mengorbankan tujuh nyawa.

Pada 10 Oktober lepas, 13 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan beberapa kenderaan lain di Km 223.2, Lebuhraya Utara-Selatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan