Skim Insurans Hantar Bagasi Pos Malaysia Dapat Sambutan Jemaah Haji

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Jemaah haji Malaysia memberi sambutan menggalakkan terhadap skim insurans penghantaran bagasi ke Malaysia oleh Poslaju apabila hampir 40 peratus daripada mereka memilih untuk menginsuranskannya.

Menurut Pengurus Projek Perkhidmatan Bagasi Haji Pos Malaysia bagi Mekah dan Madinah, Zaini Yahman sehingga semalam pihaknya telah menerima sebanyak 53.4 tan bagasi dan 44 tan telah dihantar ke Malaysia. Katanya Poslaju juga telah menghantar pulang sebanyak 3,455 botol air zam zam dan 2,000 telah diserahkan kepada penerima.

"Penghantaran itu menghasilkan perolehan Pos Malaysia setakat ini berjumlah RM1.2 juta. Saya menjangka sasaran mendapat 200 tan bagasi tidak mustahil," katanya kepada pasukan media Tabung Haji (TH) yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah, Sabtu.

Pos Malaysia memperkenalkan skim ini tahun ini sebagai nilai tambah produk syarikat di mana pengirim hanya membayar premium SR2 bagi setiap SR1,000 nilai barang yang diinsuranskan. Kiriman yang rosak atau hilang akan diganti, tambah beliau.

Zaini yang ditemui di Burj Al-Salah, satu dari sembilan hotel Pos Malaysia diberi hak oleh TH Travels & Services untuk beroperasi berkata semua bagasi yang diinsuranskan selamat sampai kepada penerima dan tiada tuntutan dibuat.

Beliau menambah pengirim atau penerima boleh membuat pertanyaan atau tuntutan dengan menelefon nombor bebas toll 1-300-300-300 di Kuala Lumpur dengan menyatakan nombor nota penghantaraan.

Katanya sehingga kini semua bagasi yang diuruskan Poslaju tidak ditahan oleh kastam Malaysia, malah tiada jemaah menggunakan perkhidmatan itu untuk mengirim barangan yang dilarang pihak berkuasa Malaysia atau Arab Saudi.

"Kami agak terkilan kerana ada jemaah mengirim air zam zam dalam botol-botol kecil diisi dalam bagasi pecah dan membasahi bagasi," katanya sambil menambah kiriman dijangka sampai dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghantaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan