PLUS Keluarkan Nasihat Perjalanan Sempena Sambutan Deepavali

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Plus Expressways hari ini mengeluarkan nasihat waktu perjalanan (TTA) bagi melancarkan perjalanan lalu lintas sempena perayaan Deepavali di mana dianggarkan jumlah kenderaan menggunakan Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) bakal meningkat 15 peratus.

TTA tersebut mencadangkan supaya pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke utara seperti ke Kedah dan Perlis serta ke selatan seperti Skudai dan Johor Baharu, melalui lebuh raya itu antara 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang pada 4 November.

Bagi yang menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim di Perak serta Seremban, Port Dickson dan Senawang di Negeri Sembilan, mereka dinasihat melaluinya antara 7.00 malam hingga 11.00 malam pada hari tersebut.

Bagi pengguna dari Lembah Klang yang bertolak pada 5 November menuju Kedah dan Perlis dan Skudai dan Johor Baharu di selatan, mereka digalakkan menggunakan antara 7.00 hingga 11.00 pagi.

Bagi yang menghala ke arah Kuala Kangsar dan Ipoh serta Simpang Ampat dan Ayer Keroh, Melaka pada hari tersebut, mereka dinasihat melalui antara 4.00 petang hingga 8.00 malam.

Bagi yang menghala ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim, Perak serta ke selatan seperti Seremban, Port Dickson dan Senawang di Negeri Sembilan pada hari tersebut, mereka digalak melaluinya antara 8.00 hingga 11.00 malam.

PLUS juga memberitahu tentang masa lebih bebas untuk pengguna ke utara dan selatan menggunakan lebuh raya itu iaitu sebelum 11.00 pagi dan selepas 11.00 malam pada 4 dan 7 November serta mulai 11 malam ke atas pada 5 November.

Deepavali disambut pada 5 November.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Plus Datuk Noorizah Abdul Hamid, TTA tersebut dicadangkan bagi mengurangkan kesesakan ketika melalui pintu tol selain memberi keselesaan kepada pemandu ketika memandu di lebuh raya.

Dianggarkan 1.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya Plus setiap hari pada musim perayaan Deepavali kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan