Pemindahan Kecoh Merapi Meletus Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HARGOBINANGUN: Apabila Gunung Merapi meletus dengan kuat awal pagi Sabtu, suasana kecoh mula berlaku di kalangan para penduduk yang bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri masing-masing.

Letusan kuat pada 1 pagi memaksa anggota tentera dan polis berjaga-jaga berhampiran kawasan berkenaan, bersama-sama ratusan orang awam yang mengakibatkan jalan raya padat dengan kereta dan motosikal.

Tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam letusan berkenaan, tetapi seorang terbunuh apabila dilanggar sebuah trak sewaktu kekecohan berlaku.

Sehingga kini, 34 disahkan meninggal dunia akibat letusan gunung berapi berkenaan awal minggu ini.

"Tidak ada mangsa terkorban atau cedera akibat daripada letusan gunung berapi itu," kata ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan, Mudjiharto.

Kris Budianto, 51, menceritakan bagaimana dia terjatuh dari motosikalnya apabila cuba menyelamatkan diri.

"Saya sedang tidur di beranda apabila letupan kuat seperti petir mengejutkan saya," katanya sambil menambah, dia sedang mengawal kampung itu bersama 20 jiran.

"Saya cepat-cepat menaiki motosikall dan segera menyelamatkan diri dalam keadaan panik. Tetapi dalam perjalanan saya terjatuh kerana suasana huru-hara." Dia mengalami cedera di muka dan patah tangan kanan.

Debu tebal berterbangan sejauh bandar utama Yogyakarta, kira-kira 26 kilometer selatan Gunung Merapi.

Lapangan terbang Yogyakarta terpaksa ditutup selama sejam Sabtu pagi bagi membolehkan para pekerja membersihkan debu dari landasan. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan