PAS Perlu Kaji Balik Kedudukan Dalam Pakatan Jika Benar Ada Perjanjian Sulit PKR-DAP

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS dicadangkan supaya mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika apa yang didedahkan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa ada perjanjian rahsia antara DAP dan PKR itu benar.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata berkemungkinan apa yang didedahkan oleh anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang sebelum ini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lepas, terdapat kebenaran.

Beliau berkata kenyataan Zulkifli itu perlu dilihat secara serius oleh semua pihak dalam pakatan pembangkang dan "barang kali kesahihan pendedahan itu perlu diteliti oleh PKR, DAP dan juga PAS bagi membolehkan kebenaran tersebut dicari dan Zulkifli tidak dilihat hanya mencari populariti.

"Dan PAS juga perlu melihat balik perjanjian di antara mereka kerana ia dikhuatiri boleh memberi kesan kepada PAS pada pilihan raya umum yang akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata PAS seharusnya sedar bahawa parti itu boleh berdiri sendiri tanpa membentuk pakatan dengan PKR dan DAP berikutan mempunyai keanggotaan yang cukup ramai berbanding kedua-dua parti itu.

Beliau juga berpendapat, sekiranya dakwaan itu tepat dan benar, maka peluang pakatan pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan berjaya.

"Rakyat akan melihat bahawa pakatan yang dikatakan sepakat ini sebenarnya pakatan palsu, dan bersama hanya untuk kuasa tanpa mempunyai matlamat yang sama," katanya.

Mengenai perjanjian sulit itu yang memberikan DAP kuasa bagi Pulau Pinang, Sivamurugan berkata sekiranya benar, ia dilihat akan mencabar peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya juga melihat ini akan memberi kesan kepada perpaduan antara kaum jika kuasa autonomi ini diberikan," katanya.

Khamis lepas, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut dan turut menawarkan kuasa autonomi kepada DAP ke atas Pulau Pinang.

Bagaimanapun akhbar hari ini melaporkan Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw menafikan wujudnya dakwaan itu dan selain menyifatkan ia sebagai tidak berasas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan