Pas Mungkir Janji Punca 'Ditendang' BN - Rozali

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Majlis Veteran Umno Kelantan menyangkal kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah "ditendang" keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekitar 70-an dan bukannya Pas yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu.

Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak berkata sebenarnya Pas mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN.

"Pas juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai Pas tidak perlu bersama BN lagi," katanya.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang daripada BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukannya Pas tidak mahu bekerjasama dengan Umno.

Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk "Fatwa `Ikut Suka Pas': Umno Keliru dan Terus Keliru" yang antara lain menyebut bahawa Pas dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi Pas.

Pas, katanya bergabung dengan Umno membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya Pas khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu Pas, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa.

Pas menurut Menteri Besar Kelantan itu hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut dan seterusnya membawa kepada peristiwa Pas ditendang daripada BN dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan