PAS Bayar Pengundi Galas Untuk Pulang Mengundi

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: PAS membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi dan menafikan bayaran itu satu bentuk rasuah sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini Sabtu.

Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff, 49, akan ditentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan