Negara Perlu Ada Angkasawan Wanita - Sheikh Muszaphar

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mencadangkan wanita dipilih sebagai angkasawan berikutnya bagi membuktikan bahawa semua pihak berpeluang ke angkasa lepas tanpa mengira jantina. Beliau berkata apa yang penting, misi angkasawan negara berikutnya perlu berbeza dengan misi yang dilakukannya sebelum ini, terutama kajian dalam bidang sains, teknologi dan pendidikan.

"Kita mesti hantar wanita negara kita ke angkasa lepas, tetapi hendaklah dalam bentuk objektif yang berbeza sekali daripada angkasawan pertama.

"Kita mesti menumpukan kepada bidang sains, teknologi dan pendidikan yang perlu kita kaji bila berada di sana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pelajar dan Kerjaya Bersama Angkasawan Negara di sini Sabtu, yang dihadiri lebih 1,000 pelajar.

Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk menyertai misi ke angkasa lepas pada 2007.

Pakar ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan telah menyempurnakan dua ujian berkaitan penghabluran protein yang membawa kepada aplikasi paten serta cap dagang.

Selain beliau, Malaysia turut mempunyai seorang lagi angkasawan iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Sheikh Muszaphar Shukor juga berkata ketika ini, ramai orang terutama pelajar, belum mengetahui nama planet dan apa sebenarnya angkasa lepas itu dan mereka wajar diberi pendedahan secara agresif bagi melahirkan minat untuk menjadi angkasawan pada masa depan.

"Objektif menghantar angkawasan pertama ialah menyuntik inspirasi kepada rakyat Malaysia, dan ini sudahpun tercapai," katanya.

Beliau juga bersetuju bahawa dalam tempoh terdekat ini, negara sebenarnya belum bersedia menghantar angkasawan lain ke angkasa lepas kerana membabitkan kos yang tinggi.

Katanya, negara memerlukan masa sekurang-kurangnya lima sehingga 10 tahun lagi sebelum bersedia menghantar seorang lagi angkasawan ke angkasa lepas.

"Tanggapan ia satu pembaziran tidak benar kerana setiap penghantaran angkasawan itu ada objektif dan kebaikan untuk negara, dan sebab itu, kita perlu mengetahui dengan jelas apakah objektif yang kedua, jika mahu menghantar angkasawan berikutnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan