N45 Galas: Umno Kesal Pas Mungkir Janji

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: PAS dianggap berada dalam keadaan terdesak dan ketandusan isu apabila mengingkari janjinya sendiri sebelum ini untuk tidak menyerang peribadi lawan daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu amat dikesali lebih-lebih lagi janji untuk tidak 'menyentuh' mengenai keperibadian Tengku Razaleigh muncul daripada kepimpinan tertinggi PAS sendiri.

"Nampaknya mereka sudah habis isu, sudah tidak ada lagi perkara baik yang boleh dicakapkan...maka mereka mula cari hal rumah tangga dan hal peribadi orang.

"Mereka ketandusan isu, mereka mungkiri janji yang mereka sendiri buat, tak eloklah begitu," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan yang dilemparkan Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa Tengku Razaleigh menjadi punca kepada masalah hak milik tanah yang membelenggu masyarakat Orang Asli.

Malah beliau mendakwa Tengku Razaleigh turut 'menghilangkan' semua fail yang berkaitan dengan hal ehwal Orang Asli bersamanya selepas membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno pada 1996 hingga kerajaan PAS Kelantan gagal menangani isu-isu berkaitan kaum terbabit.

Sebaliknya tambah Ahmad, kegagalan kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan isu hak milik tanah menunjukkan ketidakupayaannya dalam mengurus tadbir sebuah kerajaan.

"Ini menunjukkan kelemahan kerajaan negeri, kertas sekeping (geran tanah) pun tak boleh nak beri dalam tempoh 20 tahun.

"Kalau tak boleh (perintah Kelantan), serah kepada kerajaan BN untuk selesaikan," katanya.

Selain itu beliau mengingatkan PAS supaya menyelesaikan isu tanah dengan segera kerana ia melibatkan hak rakyat.

"Itu (tanah) bukan hak kerajaan negeri, ia hak rakyat dan patut diberi kepada rakyat. Jangan dilengah-lengahkan.

"Bukan nak suruh mereka buat bangunan, buat jalan... cuma kita minta mereka selesaikan hak rakyat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan