Kertas Undi Pos PRK Parlimen Batu Sapi Tiba Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Bahang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang tinggal lima hari kian terasa dengan ketibaan kertas undi 1,535 pemilih pos di sini petang Sabtu.

Kertas undi pemilih pos itu dibawa dari Kota Kinabalu dan dihantar ke Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Sandakan pada 4.30 petang dan disambut sendiri oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan, Sapi Mohd Hamsan Awang Supain.

Di dewan persidangan itu, semakan dilakukan terhadap kertas undi pos, antaranya membabitkan ejaan nama calon dan parti, susunan calon yang bertanding serta simbol parti.

Selain Mohd Hamsan dan penolong pegawai pengurusnya serta pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya, semakan turut membabitkan wakil parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Kertas undi pos itu kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk disimpan.

Pengundian bagi pemilih pos akan dijalankan pada Isnin depan, dan membabitkan 663 anggota Pasukan Gerakan Am, Tentera Laut DiRaja Malaysia (601) serta dan IPD Sandakan (271).

Tiga pusat undi pos ialah di IPD Sandakan, ibu pejabat PGA Batu Sapi dan Kuarters TLDM di Batu 5.

Bagi 24,047 pemilih biasa, mereka akan membuang undi pada 4 November ini di 12 pusat mengundi membabitkan sebelas bangunan sekolah dan sebuah bangunan perpustakaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan