"Gencatan Senjata" Di Galas Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim mencadangkan "gencatan senjata" selama 90 minit pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan, malam Sabtu.

Beliau berkata, jentera kempen parti yang bertanding perlu bertenang seketika dan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

"Malam ini perlu ada "gencatan senjata" untuk tengok perlawanan akhir, lepas itu kita sambung kembali berkempen," katanya kepada pemberita selepas melepaskan 17 bas yang membawa lebih 700 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Bukit Jalil di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN itu, Abdul Aziz Yusoff. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan meminta para penyokong agar tidak mempamerkan kain rentang atau bendera parti politik pada perlawanan akhir itu.

Beliau berkata, elemen politik tidak sepatutnya dicampur aduk dengan sukan.

"Amat menyedihkan kalau dimasuki elemen politik dalam perlawanan akhir ini, yang lebih penting penyokong memberikan sokongan kepada pasukan negeri," katanya. Selain itu, beliau turut mengingatkan para penyokong agar tidak mengabaikan keselamatan dan menjaga disiplin ketika menyaksikan pertandingan itu.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditemui berkata, beliau akan bersama-sama penyokong di sekitar DUN Galas bagi menyaksikan perlawanan berkenaan.

Beliau meramalkan kemenangan 2-0 pasukan Red Warrior ke atas Negeri Sembilan. "Malahan bagi mereka yang tidak berpeluang ke Kuala Lumpur, peminat di Galas boleh menyaksikan perlawanan itu di skrin besar yang disediakan BN di dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) 8.30 malam ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan