BN Pertimbang Bina Jambatan Untuk Penduduk Kampung Batu Papan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia menimbangkan permintaan penduduk tiga kampung di kawasan Batu Papan untuk menggantikan dua jambatan yang sempit dan tidak sesuai digunakan, selain membahayakan penggunanya.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata jambatan gantung dan jambatan sempit berkenaan digunakan lebih 1,500 penduduk dan pelajar dari Kampung Batu Papan 1, Kampung Batu 2 serta Kampung Batu Papan Kundur, untuk berulang-alik ke Gua Musang dan sekolah.

"Jadi, saya akan bawa cadangan untuk membina jambatan ganti kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan, kerana kita tidak mahu sebarang kemalangan yang tidak dingini berlaku, lebih-lebih lagi terhadap pelajar sekolah yang sering menggunakan jambatan ini untuk berulang-alik ke tiga buah sekolah berhampiran," kataya kepada pemberita selepas melawat Kampung Batu Papan di sini, Sabtu.

Beliau berkata perkara itu bukan janji pilihan raya, tetapi ia bagi memenuhi keperluan rakyat.

"Kita tidak berjanji, namun kita akan usahakan. Kalah atau menang dalam pilihan raya kecil, itu kemudian kira. Yang penting, kerajaan BN mahu membantu kebajikan penduduk kampung di kawasan ini, yang terpaksa bergilir-gilir melaluinya setiap kali ada kenderaan dari arah bertentangan," katanya.

Awang Adek berkata cadangan pembinaan jambatan baru itu telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau melawat Kampung Batu Papan baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah kos yang dijangka terlibat untuk membina jambatan ganti itu.

Dalam perkembangan lain, Awang Adek berkata Pas seolah-olah telah kehabisan modal apabila menggunakan isu royalti untuk berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

"Ini menunjukkan Pas tidak menghormati undang-undang. Mereka tidak patut membangkitkan isu itu kerana ia masih dalam peringkat mahkamah. Kita bukan tidak boleh menjawab mengenainya (royalti), tetapi kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara mereka," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima dari PAS, yang meninggal dunia pada 27 Sept lalu.

BN telah memilih Abdul Aziz Yusoff, 49, untuk menentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44, pada 4 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan