Belia Orang Asli 20 Tahun Tunggu Kemudahan Infrastruktur

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Golongan belia Orang Asli di pedalaman sudah 20 tahun menanti kemudahan infrastruktur antaranya termasuk gelanggang bersukan, sistem jalan tar yang elok dan pengangkutan ke sekolah untuk anak mereka. Bagi Jahri Along, 30 dari Pos Hendrop berkata kemudahan seperti gelanggang sukan perlu untuk golongan muda Orang Asli bersukan dalam meluangkan masa bersosial bersama secara sihat.

"Seperti di tempat saya, kami mahukan gelanggang sepaktakraw dan badminton, jadi jika dibina elok juga. Kami boleh habiskan masa petang untuk bersukan. Kami juga mahukan sistem jalan tar yang elok ke kawasan kami," katanya.

Katanya sudah 20 tahun beliau menanti kemudahan itu daripada kerajaan Pas Kelantan namun kebajikan mereka tidak dijaga.

Jahri daripada suku kaum Temiar berkata bantuan yang mereka nikmati sekarang termasuk klinik kesihatan dan elektrik dan air diperoleh daripada kerajaan pusat.

Beliau berkata selama dua tahun memegang kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, tidak pernah ada wakil kerajaan PAS Kelantan yang turun padang untuk bertanyakan khabar mereka, jauh sekali untuk memberikan bantuan.

Sementara itu, bagi Kamal a/l Alak, 25 dari Pos Balar, golongan Orang Asli juga perlukan pembangunan dan pembelaan sama seperti rakyat yang lain.

"Jadi kami minta pihak yang berkenaan prihatinlah dengan nasib kami. Kami juga rakyat di negara ini. Masih banyak bantuan yang kami perlukan termasuk bantuan pengangkutan untuk anak-anak sekolah yang terpaksa berjalan berpuluh kilometer setiap minggu untuk pulang ke rumah," katanya. Beliau yang mempunyai kelulusan sehingga darjah enam berkata, mereka kecewa dengan kerajaan negeri yang selama ini banyak mengabaikan kebajikannya termasuk dalam soal tanah menyebabkan kawasan yang menjadi tempat memburu dan bertani kini diceroboh pihak luar.

"Kami harap BN akan membela nasib kami, kami tidak mahu janji kosong seperti kerajaan PAS Kelantan lakukan. Apabila masa mengundi cari kami, apabila tiba masa tunai janji lupa kami" katanya.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar dengan 1,889 daripadanya merupakan pengundi orang Asli. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan