Bakun: Kerajaan Sedia Kendali Penempatan Semula

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan Sarawak lebih bersedia untuk mengendalikan penempatan semula penduduk yang terbabit dengan pembinaan empangan hidro elektrik Murum berdasarkan pengalaman daripada pembinaan empangan Bakun, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju dalam rundingan mereka untuk memperoleh manfaat bersama antara persekitaran ekologikal yang baik dan membolehkan kaum etnik termasuk Penan menyesuaikan diri dengan cara kehidupan baru seperti mengamalkan pertanian secara besar-besaran.

"Saya pasti ia dapat dilakukan dengan baik dan malahan jika pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing untuk menghasut mereka, orang kita akan faham dan kita (kerajaan negeri) berada di pihaknya dan bukan menentang mereka," katanya pada jamuan makan malam Perbadanan Perhutanan Sarawak di sini malam Jumaat.

Pada majlis itu, Taib, yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri melancarkan buku "Sweethearts Of Sarawak," yang memaparkan Pusat Orang Utan Kehidupan Liar yang mengkagumkan di Matang dan Semenggoh di sini.

Beliau berkata perbadanan itu yang diamanahkan untuk melaksanakan agensi bagi Pemantauan Kehidupan Liar dan Operasi Menyelamat (WiMOR) di projek Bakun, telah mengumpulkan 600 spesis flora.

Dalam membantu Sarawak Hydro Sdn Bhd dengan sokongan teknikal untuk usaha-usaha menyelamat dan pengumpulan data, perbadanan itu juga mengumpul 65 spesis fauna, termasuk 27 jenis mamalia dan 38 jenis burung.

Usaha-usaha dalam pemuliharaan dan pemeliharaan orang utan, Taib mencadangkan agar pihak berkuasa berkenaan bekerjasama dengan rakan mereka dari Indonesia memperbaiki pengurusan habitat orang utan khasnya dalam konteks kerjasama rentas sempadan Borneo.

Beliau melahirkan perhatian bahawa orang utan hendaklah dipelihara dengan sihat kerana haiwan ini terjejas dengan perubahan iklim, khasnya kemarau panjang yang berlaku dari semasa ke semasa serta jerebu rentas sempadan.

Sarawak masih menghadapi masalah yang dimainkan oleh pihak tertentu bahawa penanaman kelapa sawit bertujuan memusnahkan habitat orang utan tetapi sebenarnya haiwan ini hanya tertumpu di kawasan Batang Ai, Taman Perlindungan Hidupan Liar Lanjak-Entimau dan Taman Negara Sebuyau, kata beliau.

Bagaimanapun, beliau gembira melihat sokongan orang ramai dan kempen pemuliharaan perbadanan itu seperti Program Penerimaan Orang utan serta penyertaan orang ramai menerusi pelantikan 487 renjer kehormat hidupan liar di seluruh negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan