SELPEX 2010 Sasar Jualan RM100 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 29 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ekspo Harta Tanah dan Gaya Hidup Selangor (SELPEX 2010) yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini mensasarkan jualan sebanyak RM100 juta.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar berkata, sasaran itu berdasarkan tawaran projek hartanah bernilai kira-kira RM5 bilion.

"Jualan diperoleh sepanjang ekspo yang berlangsung selama tiga hari dan dijangka lebih banyak jualan susulan selepas itu.

"Saya melihat ekspo ini merupakan masa terbaik bagi pemaju hartanah untuk memperkukuhkan pangkalan data bagi jualan lebih baik," katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran SELPEX 2010 di sini, Jumaat.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SACC, Teresa Kok.

Othman berkata, kedudukan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia menjadikan nilai hartanah di negeri itu lebih tinggi berbanding negeri lain.

"Pulangan pelaburan hartanah di Lembah Klang adalah lebih baik dan mencapai peningkatan dari 50 hingga 100 peratus dalam tempoh lima tahun," katanya.

SELPEX 2010 merupakan pameran berkonsepkan gaya hidup sama ada untuk mereka yang memulakan kehidupan baru atau mereka yang ingin membuat pembaharuan dan penambahan.

Justeru katanya, ekspo sudah pasti memberi fokus kepada bidang hartanah malah pengunjung akan diberikan tips untuk mengurus sehingga mendekorasi kediaman.

"Peserta pameran pula perlu menjadi ekspo ini sebagai peluang dan ruang untuk mengetengahkan produk mereka di pasaran," katanya lagi.

SELPEX 2010 dianjurkan oleh SACC dan diuruskan oleh Siera Management Sdn Bhd.

Ekspo yang berlangsung selama tiga hari bermula itu menjangkakan kehadiran seramai 30,000 pengunjung.

Sebanyak 69 organisasi terlibat yang menawarkan produk dan perkhidmatan gaya hidup bersesuaian dengan pembangunan dan hartanah.

Antaranya adalah PKNS, Worldwide Holdings Berhad, Sime Darby Properties, Sunway City Berhad dan Glomac Berhad.

Pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM50,000 dan baucar bernilai RM1.2 juta.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan