Polis Perlu Elak Sentimen Perkauman Semasa Bertugas

Diterbitkan: Jumaat, 29 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pegawai dan anggota polis perlu mengelak sentimen perkauman semasa bertugas sebaliknya melaksanakan tanggungjawab mereka berpaksikan undang-undang negara, kata Ketua Polis Perlis Datuk Ghazali Md Amin.

Ghazali berkata anggota polis hendaklah bekerja dengan penuh integriti, profesional dan semangat berpasukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Selain itu, mereka juga perlu mengelakkan daripada bertugas sekadar "melepas batuk di tangga" kerana tanggungjawab sebenar mereka adalah amat besar terhadap negara dan rakyat.

"Kita perlu mengambil berat bidang kepolisan demi keamanan. Polis tidak boleh menyisihkan rakyat atau melambatkan tindakan," katanya dalam ucapan Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Perlis, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontijen Perlis, di sini, Jumaat.

Ghazali akan menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Perlis pada 31 Oktober ini bagi memulakan tugas barunya sebagai Setiausaha Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 1 November ini.

Katanya sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai Ketua Polis Perlis, kes jenayah di Perlis dapat dikurangkan empat tahun berturut-turut dan Perlis berjaya mencatatkan jumlah kes jenayah paling rendah di negara ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan surat penghargaan Ketua Polis Perlis kepada 120 anggota polis dan penjawat awam serta pemakaian lencana pangkat kepada 3 pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden Polis kepada Deputi Superintenden manakala 10 lagi pegawai polis menerima pengesahan pangkat Inspektor. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan