Permit Majalah Kartun Zunar Ditolak KDN

Diterbitkan: Jumaat, 29 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalan Negeri tidak meluluskan permohonan permit penerbitan bagi komik Gedung Kartun yang dipohon kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), beliau berkata permit tersebut ditolak kerana isi kandungan komik berkenaan didapati menyalahi Garis Panduan Penerbitan Kementerian seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Isi kandungan tersebut dilihat mengandungi unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat terhadap pemimpin negara.

"Ia juga jika diterbitkan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara," katanya.

Gobalakrishnan ingin tahu mengapa Zunar tidak diberikan permit untuk menerbitkan karya kartunnya dan sama ada terdapat sebarang unsur yang mengancam keselamatan pada kandungan karya tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan