Buku Panduan Cukai & Perakaunan Untuk Awam Dilancar - Berita Semasa | mStar

Buku Panduan Cukai & Perakaunan Untuk Awam Dilancar

Diterbitkan: Jumaat, 29 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Baker Tilly Monteiro Heng Group, salah sebuah syarikat perakaunan kedua terbesar di Malaysia, dengan kerjasama ACCA Malaysia hari ini mengumumkan "Panduan Mudah mendapatkan Maklumat Percukaian dan Perakaunan Malaysia 2010/2011".

Rakan ketua eksekutif Baker Tilly, M.J. Monteiro berkata risalah itu akan membantu usahawan dan ahli perniagaan kerana ia bertujuan menyokong komuniti perniagaan tempatan.

Ia juga akan melengkapkan mereka agar lebih berdaya saing dalam industri masing-masing, sekali gus memudahkan mereka mengembangkan rangkaian dan operasi, kata beliau.

Panduan itu mengandungi penjelasan mengenai data kewangan yang mudah difahami oleh orang awam, kata Monteiro.

Ia juga merupakan satu nilai tambah yang boleh digunakan oleh syarikat untuk memantau kedudukan dan memahami dengan lebih baik keuntungan dan kerugian mereka, kata beliau pada majlis pelancaran panduan itu oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai di sini hari ini.

Monteiro berkata,usaha Baker Tilly-ACCA itu dapat membantu menyediakan teks kewangan yang lebih terkini kepada orang ramai dan pada masa yang sama bekerjasama dengan profesional lain seperti peguam bagi memastikan maklumat yang disediakan lebih menyeluruh dan mudah difahami.

Beliau menambah, ini ialah tahun ketiga berturut-turut Baker Tilly bekerjasama dengan ACCA untuk menyediakan pengetahuan teknikal dan kepakaran untuk menghasilkan risalah panduan itu yang akan diedarkan kepada semua ahli ACCA dan pemegang saham seluruh negara.

Baker Tilly diperkenalkan pada 1978 dan berkembang menjadi antara syariakt terkemuka akauntan dan perunding di Malaysia.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan