Bajet Operasi Pemandu Hanya RM40 Juta Bukan RM729.4 Juta - Idris Jala

Diterbitkan: Jumaat, 29 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan CEO Unit Pengurusan Pelaksanaan dan Penyampaian (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Jumaat, adalah tidak benar dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan pakar runding yang dilantik oleh Pemandu dibayar sebegitu banyak daripada bajet operasinya yang kononnya berjumlah RM729.4 juta.

Sebaliknya kata Idris, pakar runding yang dilantik oleh Pemandu dibayar menggunakan peruntukan dari bajet RM40 juta yang mana jumlah itu juga digunakan untuk kos-kos lain seperti kos tenaga kerja, pembayaran aset, seminar dan bengkel, kos menjalankan kajian, logistik, perjalanan staf dan juga kos pengurusan media.

Kata Idris, dakwaan kononnya bajet operasi unitnya yang mencecah RM729.4 juta adalah 1,822 peratus digembar-gembur.

Jelas Idris, peruntukkan bajet untuk Pemandu hanyalah RM40 juta manakala bajet operasi NKRA ialah RM334 juta dan NKEA RM355 juta.

Kata Idris, beliau perlu menjelaskan bahawa bajet operasi untuk NKRA dan NKEA diletakkan bukan di bawah JPM semata-mata tetapi di beberapa buah kementerian yang lain. Oleh itu, bajet ini dipecah-pecahkan mengikut keperluan kementerian yang terlibat.

Idris membuat penjelasan itu dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong baru-baru ini bahawa kononnya Pemandu yang diketuai oleh Idris menggunakan sebahagian besar daripada bajet operasinya yang berjumlah RM729.4 untuk membayar khidmat pakar runding daripada luar negara.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan