700 Jentera BN Dapat Tiket Saksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 29 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seramai 700 pekerja jentera Barisan Nasional (BN) bakal menerima hadiah istimewa iaitu tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jentera parti yang terpilih itu diberi cuti selama sehari sebagai sumbangan diatas kerja mereka dalam kempen pilihan raya kecil ini.

"Kita sediakan sebanyak 700 tiket kepada mereka yang bertuah... ini hanya sebagai sumbangan kecil kepada mereka yang sangat komited dalam tugas mereka," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Futsal 1Malaysia di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah di sini, Jumaat.

Bagaimanapun beliau menafikan pemberian tiket berkenaan bagi tujuan membeli undi.

"Bukan beli undi... kita beri tiket ini kepada pekerja parti, mereka daftar di peti undi. Kami ada tujuh pusat daerah mengundi di kawasan ini dan kita beri mereka sehari cuti untuk menyaksikan perlawanan bola berkenaan," katanya.

Ditanya sama ada semua jentera BN akan 'direhatkan' pada malam esok bagi menyaksikan perlawanan berkenaan, Tengku Razaleigh berkata jentera BN akan terus bekerja seperti biasa.

"Yang tak dapat pergi akan kerja macam biasa, cuma kita juga sediakan perkhidmatan menonton perlawanan berkenaan secara langsung di kedai-kedai kopi," katanya.

Selain itu satu program khas iaiatu Karnival 'Mene Kelate Mene, Mene Galas Mene' turut diadakan di Dataran Kesedar bermula pukul 5 petang.

Orang ramai turt boleh menyaksikan pelawanan berkenaan menerusi layar gergasi yang disediakan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan