Pindaan Akta Standard Malaysia 1996 Ke Parlimen Awal Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pindaan bagi Akta Standard Malaysia 1996 dijangka dibentangkan di Parlimen awal tahun depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ongkili berkata pindaan akta itu akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara di samping melindungi keselamatan pengguna dan alam sekitar bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menepati kehendak semasa.

"Ini penting lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi perdagangan masa kini," katanya pada Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan 2010 di Puspanitapuri, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Ongkili berkata bagi menyokong dasar kerajaan ke arah pertumbuhan ekonomi dan sosial negara menjelang tahun 2020, Strategi dan Pelan Tindakan Standard Kebangsaan telah dirangka.

Beliau berkata ia menetapkan keperluan membangunkan sejumlah 6,000 'Malaysian Standards' yang relevan kepada pasaran semasa menjelangnya tahun 2010.

Sehingga 30 Sept lepas, sebanyak 6,094 'Malaysian Standards' telah berjaya dibangunkan yang merangkumi 23 bidang dan sektor, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan