Penolakan Pas Terhadap Perpaduan Dengan UMNO Ada Asas - Nik Aziz

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada Khamis menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan Pas yang mahu menyertai gabungan itu.

"Pas tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu...malah ketika "ditendang" dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, Pas pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selepas Umno tidak menjemput Pas semula menyertai gabungan itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas Pas kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN.

Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, Pas menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama Pas dengan DAP.

Ini membuktikan pemimpin Pas suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya.

Menurut Nik Aziz, tindakan Pas menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan Pas di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.

Katanya, selepas itu Pas ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah.

Beliau juga berkata, Pas mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan Pas sehinggalah mereka kembali semula selepas memahami konsep perjuangan Pas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan