Pelajar Malaysia Bantu Mangsa Letusan Merapi

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SOLO: Para pelajar kedoktoran Malaysia dari dua universiti di Indonesia hari ini bergabung dan menggerakkan pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa letusan Gunung Merapi.

Ribuan penduduk di sekitar kaki gunung berapi berusia 400,000 tahun itu masih ditempatkan di beberapa pusat pemindahan bagi menyelamatkan mereka daripada aliran lava serta kesan debu volkanik akibat letusan itu.

Kumpulan pelajar pelbagai kaum dari Malaysia itu terdiri daripada 26 pelajar Universiti Negeri Surakarta (UNS) 11 Maret di sini dan 14 pelajar Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta.

Pagi ini pasukan sukarelawan Malaysia itu yang bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia mengunjungi beberapa pusat pemindahan mangsa di daerah Sleman, Yogyakarta.

Para pelajar itu, yang membawa bersama makanan dan ubat-ubatan, turut menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada mangsa-mangsa yang kebanyakannya terhidu debu volkanik apabila Gunung Merapi menyemburkan awan panas dan menurunkan hujan abu volkanik bersuhu 600 darjah selsius pada Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata pasukan sukarelawan pelajar Malaysia sebenarnya sudah digerakkan pada Selasa lagi namun ia banyak ditumpukan kepada usaha memindahkan sekumpulan pelajar Malaysia dari Magelang.

Para pelajar kedoktoran Malaysia dari UNS 11 Maret yang diketuai Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Solo, Mohd Nazaluddin Mat Nazir, telah banyak membantu menguruskan pemindahan pelajar Malaysia dari Pesantren Sirojul Mukhlasin di Secang, Magelang ke Solo.

Kunjungan Bernama ke asrama Universiti Surakarta (Unas) di sini mendapati para pelajar Malaysia dari pesantren berkenaan ditempatkan di bilik-bilik yang selesa, di bawah seliaan dan pengawasan sukarelawan pelajar Malaysia UNS 11 Maret.

Mereka turut memeriksa kesihatan pelajar terbabit selain bergotong royong memasak untuk mereka.

Salah seorang sukarelawan Dr Muda Nabilah Rashid Redza, 25, dari Air Molek, Melaka, pada ketika itu kelihatan memeriksa kesihatan anak seorang pelajar pesantren itu Nurul Najjah Zinnirah Humairah Mohd Azmi, 7 bulan, yang demam dan mengalami tanda-tanda alahan mata berair akibat terkena debu volkanik.

Pada hari kejadian letusan Merapi, bayi perempuan itu berada di sebuah rumah sewa bersama ibunya Nurul Asma Abu Bakar, 23, tidak jauh dari pesantren itu, yang terletak 15 km dari Gunung Merapi.

Bapa Nurul Najjah, Mohd Azmi Wok, 24, pelajar pesantren itu, menceritakan bahawa beliau mengalami sesak nafas dan pedih mata terkena guguran abu Gunung Merapi itu semasa ia meletus pada petang Selasa.

Pada ketika itu beliau berada di pesantren dan selepas mengalami keadaan itu segera pulang ke rumah dengan motosikal untuk menyelamatkan anak dan isterinya.

Malam itu, Junaidy bersama pegawai Jabatan Penuntut Malaysia dan sukarelawan pelajar Malaysia dari UNS 11 Maret telah membantu usaha memindahkan sekumpulan 44 orang pelajar Malaysia dan anggota keluarga mereka serta dua pelajar dari Singapura dari pesantren itu ke Solo.

Bencana letusan Merapi itu sehingga kini mengorbankan 30 orang termasuk Jurukunci Merapi, Mbah Maridjan, 83, serta seorang wartawan portal berita.

Mangsa-mangsa itu akan dikebumikan secara beramai-ramai hari ini di dua tempat berasingan. Mbah Maridjan dan empat yang lain dikebumikan Kampung Srunen, Glagahsari, Sleman, manakala yang lainnya di Kampung Sidoredjo, Sleman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan