N45 Galas: Kempen Bersemuka Lebih Berkesan - Ku Li

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Pendekatan berkempen secara bersemuka dengan pengundi merupakan formula terbaik yang digunapakai jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negerei (DUN) Galas bagi meraih sokongan penduduk tempatan.

Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, strategi berkenaan merupakan kaedah terbaik untuk mendekati pengundi di kawasan berkenaan berbanding kempen berskala besar yang diamalkan BN selama ini.

"Corak kempen begini lebih baik di Gua Musang...orang di Gua Musang lebih suka dengan cara begini," katanya ketika ditemui dikediamanya di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai situasi kempen BN yang dilihat agak hambar walaupun selepas tiga hari proses berkempen sejak penamaan calon pada 26 Oktober lalu.

Sepanjang tempoh ini tiada sebarang program besar anjuran BN di sekitar Gua Musang berbanding yang diamalkan parti itu dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Jentera BN di semua peringkat termasuk calonnya, Ab Aziz Yusoff lebih menumpukan kepada usaha menemui pengundi di kawasan kediaman dan tempat tumpuan awam seperti hospital, pasar dan kedai-kedai kopi.

Selain itu Ahli Parlimen Gua Musang selama 35 tahun itu berkata, pengundi di kawasannya itu lebih berminat untuk mengenali dengan lebih dekat calon dan juga parti yang akan membela nasib mereka nanti.

"Saya sudah lama berkhidmat di sini, rakyat lebih suka kita mendekati mereka dengan cara ini...tak perlu buat program-program besar," katanya.

Mengulas mengenai ketiadaannya bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke semalam, Tengku Razaleigh berkata: "Saya sibuk di sini, semua orang kena buat kerja masing-masing...kalau semua orang ikut Tan Sri Muhyiddin, tak ada orang buat kerja (di tempat lain).

"Saya tak ikut sebab tahu kemampuan Tan Sri Muhyiddin di sana, kita semua ada kerja masing-masing."

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan