Musa Enggan Layan Cabaran Yong Berdebat Mengenai Autonomi

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai 'Sabah Untuk Orang Sabah' dan autonomi.

Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka.

Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu 'Sabah untuk orang Sabah' dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri.

Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkenaan berkata Yong sengaja memainkan isu berkenaan semata-mata untuk memancing undi supaya dia dapat menjadi ketua menteri.

"Siapa tidak kenal Yong Teck Lee. Semasa jadi Ketua Menteri Sabah, dia tidak pernah pun sebut autonomi. Bohong saja. Dia cuma mahu jadi Ketua Menteri. Saya mahu tanya, pernah dia datang ke mari (Kampung Karamunting) semasa dia Ketua Menteri?" katanya yang disambut dengan sorakan 'tidak'.

Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin.

Sehubungan itu Musa mengingatkan rakyat khususnya pengundi Batu Sapi supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Yong yang juga bekas ketua menteri kerana tujuannya cuma mahu mendapat kuasa.

Musa seterusnya berkata slogan 'Sabah for Sabahan' yang didendangkan Yong cuma bertujuan mengelirukan rakyat kerana sudah terbukti SAPP tidak membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat.

Menurut Musa slogan SAPP itu sama sekali berlainan dengan aspirasi kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberi peruntukan besar kepada Sabah kerana menyedari keperluan negeri kedua terbesar di negara ini.

Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, kerajaan pusat meluluskan RM15 bilion untuk pembinaan pelbagai infrastruktur ekonomi, sosial dan pendidikan untuk rakyat Sabah termasuk jalan raya, elektrik sekolah dan banyak lagi.

Musa berkata kerajaan juga sedang membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu.

Menurut Musa, Yong bukan sahaja gagal membela rakyat semasa beliau menjadi Ketua Menteri malah ketika memegang jawatan menteri dalam kabinet Sabah, dia juga gagal berbuat demikian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan