Kerajaan BN Buktikan Kesungguhan Bangunkan Sabah : Pairin

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan kesungguhannya dalam membangunkan Sabah bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata antara rekod pencapaian kerajaan BN adalah kemajuan dan pelbagai kemudahan asas yang dinikmati oleh penduduk Batu Sapi.

"Apa yang penting ialah menyelesaikan masalah rakyat, dan dalam soal ini, BN mempunyai rekod sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan responsif kepada kehendak mereka," katanya di Kampung Pukat di sini ketika berkempen bersama Datin Linda Tsen Thau Lin, calon BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi.

Dalam pilihan raya kecil 4 Nov ini, Tsen berdepan dengan calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah.

Tsen, 54, Naib Ketua Wanita PBS, adalah balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, penyandang kerusi Batu Sapi yang meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya pada 9 Okt lepas.

Ketika ditanya mengenai masalah kesesakan lalulintas di Taman Mawar di sini, Pairin berkata kerajaan telah meluluskan pembinaan laluan pintasan di situ hasil usaha mendiang Chong.

Tsen pula berkata beliau akan memastikan projek itu disegerakan jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Beliau juga berkata satu lagi agendanya ialah untuk memberi tumpuan kepada bidang pendidikan khususnya yang melibatkan anak-anak kepada ibu tunggal. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan