Cari Sebab Kenapa Melayu Dipertikai Di Bumi Sendiri - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang Melayu harus berfikir secara kritis dan mencari sebab mengapa nasib, hak dan perjuangan mereka sering dipertikaikan di bumi sendiri, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata sikap orang Melayu yang terlalu bertolak-ansur akhirnya akan menyebabkan maruah dan prinsip mereka dipermainkan sewenang-wenangnya oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

"Orang Melayu itu terlalu bertoleransi, orang Melayu itu terlalu kumulatif, orang Melayu sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.

"Jangan dengan sikap bertolak ansur ini, kita sanggup menanggalkan harta dan maruah keindukan kita...dengan mempasrahkan sebarang sistem nilai yang sedia ada pada kita untuk kita pasar-malamkan dan boleh dibeli dengan murah oleh sesiapa sahaja," katanya ketika berucap pada majlis perasmian buku 'Nasib Melayu di Bumi Melayu' di Perpustakaan Negara Malaysia di sini pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata buku hasil penulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah itu mampu mengubah persepsi tentang nasib Melayu yang mana ia akan dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan dinilai secara holistik.

Turut menghadiri majlis pelancaran buku itu ialah Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Noor, Pensyarah Fakulti Sains Pertahanan dan Pengurusan UPNM Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan bekas Pengurus Besar Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Terdahulu, Allatif dalam ucapan pembukaannya berkata, buku itu merupakan satu karya akademik yang perlu bagi memangkin bicara mengenai bangsa Melayu.

"Buku ini menyentuh maruah dan kelangsungan Melayu, dan ia dilihat berdepan dengan risiko yang amat tinggi, lebih-lebih lagi kerana ia merupakan karya seorang ahli akademi yang bukan Melayu.

"Bagaimanapun, saya pasti di kalangan masyarakat umum terutama akademia Melayu pasti akan melihatnya dari pelbagai perspektif dan dimensi yang tersendiri," katanya.

Buku itu merupakan sebahagian daripada perhimpunan tulisan Mohd Ridhuan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam. Ia banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara Melayu dan bukan Melayu.

Buku ini dijual di pasaran dengan harga RM22.50 senaskhah dan boleh diperoleh di semua kedai buku utama di seluruh negara ataupun melalui laman web http://www.mybooks.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan