28 Peratus Jemaah Haji Malaysia Pilih Pakej Swasta

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Sebanyak 28 peratus atau lebih 7,000 orang daripada 26,000 jemaah haji Malaysia memilih pakej swasta untuk menunaikan fardu haji tahun ini.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (Swasta) Lembaga Tabung Haji (TH), Mat Admara Alang Azizdin berkata pakej tersebut dikendalikan oleh 24 syarikat yang memiliki lesen.

Katanya trend pemilihan pakej komersial dalam dua tiga tahun kebelakangan ini meningkat berikutan pemulihan ekonomi negara.

"Walaupun kos pakej berharga dari RM16,000 hingga RM100,000 seorang, ia masih mendapat permintaan tinggi rakyat Malaysia yang berkemampuan," katanya kepada pasukan media TH yang membuat liputan haji musim ini.

Beliau berkata pakej swasta menawarkan tempat penginapan lebih selesa di hotel bertaraf empat atau lima bintang serta berdekatan Masjidil Haram dan di Jamrah.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengurus Besar (Agensi Haji) TH berkata pihaknya telah menarik balik lesen empat buah syarikat yang diberi lesen tahun lepas kerana gagal memenuhi janji kepada pelanggan mereka.

Katanya syarikat swasta yang memohon lesen perlu memenuhi beberapa syarat antaranya jaminan bank sebanyak RM100,000, perjanjian penyewaan bilik atau bangunan dan setiap satu pakej perlu mengandungi tidak kurang daripada 100 orang jemaah.

"Perkhidmatan mereka dipantau setiap hari. Pelanggan pula dinasihatkan supaya membuat aduan di tanah suci supaya boleh disiasat segera," kata Mat Admara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan