100,000 Tempat Untuk Ikuti Program Kemahiran Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah 100,000 tempat disediakan menerusi Pusat Pengambilan Setempat untuk pelajar mengikuti program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)mulai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pusat tersebut diwujudkan bagi menyelaras pengambilan pelajar untuk mengikuti program latihan kemahiran di kedua-dua institusi berkenaan.

"Pusat setempat ini akan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi mulai tahun 2011," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran pusat itu di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Umar Abdul Rashid.

Mohamed Khaled berkata seramai lebih 100,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa memiliki latihan kemahiran.

"Jadi bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan teknikal dan latihan vokasional serta kemahiran, kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional serta kemahiran akan terus dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata ia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan dan mendorong lebih ramai lepasan sekolah melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan teknikal, latihan vokasional dan kemahiran.

Sejumlah 350 ILKA menawarkan Program Sijil dan Diploma manakala Program Diploma TEVT ditawarkan di 27 buah Politeknik seluruh negara bagi pengambilan tahun depan.

Pengambilan pertama bermula 1 Nov hingga 31 Dis depan untuk lepasan SPM dan setaraf, sementara pengambilan kedua bermula 10 Jan hingga 4 April 2011 untuk lepasan SPM, Sijil Kemahiran Mara dan Sekolah Menengah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan