Tiada Laporan Kematian Pelajar Malaysia Dalam Kejadian Gempa Bumi Di Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk para pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letupan Gunung Merapi di Indonesia.

Menurut kenyataan Wisma Putra pada Rabu, meskipun tiada laporan yang diterima, Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi tersebut.

Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi itu.

Orang ramai boleh memperolehi maklumat dengan menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-88892746, 03-88874570 atau Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 6221-5224947 atau 6221-52244971.

Wisma Putra berkata kerajaan amat terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat kelmarin dan diikuiti letupan Gunung Merapi pada Selasa.

"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Indonesia di atas tragedi yang telah menimpa," kata Wisma Putra.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut bersedih di atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan yang dialami dalam gempa bumi dan tsunami itu.

"Sebagai sahabat Indonesia, Amerika Syarikat bersedia untuk menghulur bantuan dalam sebarang cara. Kami turut berdoa untuk rakyat Indonesia dan semua pihak yang terlibat di dalam tragedi ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan