Selangor Kutip RM15.3 Juta Hasil Pasir

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pendapatan hasil pasir kerajaan Selangor telah meningkat daripada RM13.76 juta pada 2009 kepada RM15.3 juta dalam tempoh enam bulan tahun ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata pendapatan itu termasuk bayaran royalti dan keuntungan Kumpulan Semesta Sendirian Bhd (KSSB), syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perniagaan pasir di negeri itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu, beliau berkata KSSB telah memperoleh keuntungan sebelum cukai sebanyak RM8 juta pada tahun lepas manakala keuntungan sebelum cukai pada enam bulan pertama tahun ini ialah RM10.3 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri berkata hasil pendapatan penjualan pasir dari KSSB boleh mencecah lebih RM100 juta setahun.

Abdul Khalid juga berkata sehingga 26 Okt tahun ini sejumlah 96 tangkapan dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor kerana kesalahan perlombongan pasir tanpa lesen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan