SAPP Tidak Berniat Sertai Pakatan Rakyat Yang Masih Kucar-Kacir

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata ia tidak berniat menyertai Pakatan Rakyat kerana mendakwa gabungan pembangkang itu masih kucar-kacir dan mempunyai banyak masalah dalaman pada ketika ini.

Calon parti tersebut bagi pilihan raya kecil Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden SAPP berkata, "Kita boleh cari kawan, tapi tidak semestinya mahu 'kahwin' dengan Pakatan Rakyat.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya dan Pakatan Rakyat ada masalah tersendiri...Kalau 'rumah' sudah huru hara, mengapa mahukan kami menyertai anda?," katanya semasa turun berkempen menemui rakyat di Bandar Ramai Ramai, Rabu.

Yong menambah dari pandangan SAPP, walaupun kumpulan pembangkang itu mempunyai potensi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun dasar-dasarnya tidak mampu memenuhi matlamat rakyat Sabah.

Selain Yong, calon BN dari Parti Bersatu Sabah, Datin Linda Tsen Thau Lin juga berdepan dengan pencabar dari Pakatan Rakyat dari PKR, Ansari Abdullah.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, suami Tsen, dalam nahas jalan raya pada 9 Okt lalu.

Hari pengundian ialah 4 Nov. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan