Ramai Jemaah Hilang Beg Sandang - Berita Semasa | mStar

Ramai Jemaah Hilang Beg Sandang

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Ramai jemaah Malaysia yang dilaporkan kehilangan beg sandang, lencana pengenalan dan gelang tangan ketika mengerjakan haji di sini.

Menurut Pengurus Pusat Khidmat Pelanggan Lembaga Tabung Haji, Rozimin Ahamed Kamil pihaknya menerima banyak laporan seperti ini yang berpunca dari kealpaan jemaah tersalah meletak beg sandang mereka manakala lencana dan gelang tangan pula kerap tercicir ketika mereka berada di Masjidil Haram.

Beliau berkata pusat tersebut dilengkapi sebuah mesin memproses lencana pengenalan haji jemaah yang boleh disiapkan dalam masa 15 minit.

Beliau berkata pihaknya yang beroperasi sepanjang 24 jam di Hotel Janadiriyyah belum menerima laporan tentang kehilangan jemaah haji Malaysia setakat ini.

"Jemaah dinasihati supaya mengenal pasti bangunan, pintu atau lokasi masing-masing semasa mereka masuk dan keluar dari sesuatu tempat agar tidak hilang arah," kata Rozimin Ahamed. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan